Sunday, May 2, 2010

pembangkang menangguk di air keruh


hari ini sisipan akhbar di berita harian memuatkan 2 kejadian di mana ianya melibatkan anggota keselamatan. Klick! dan Klick!. kejadian pertama membabitkan seorang remaja yang dikatakan di kasari oleh pihak polis sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan seperti apa yang di ceritakan oleh ahli MBSA, Azli Yusof dan disertai oleh YB Khalid Gereja dan bapa remaja tersebut.

Kejadian kedua pulak agak serius dimana nyawa seorang anggota polis trafik hampir melayang gara-gara penunggang hati kering yang nekad merempuh sekatan jalanraya semata-mata nak menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan pihak polis.

Sebelum ini pembangkang begitu cepat menyalahkan pihak polis dalam kes tembakan membabitkan seorang remaja baru-baru ini. Apa yang menarik di sini kita boleh lihat bagaimana peranan pembangkang yang bersikap double standard atau mencari peluang terhidang mempolitikkan keadaan mengikut kepentingan mereka sendiri. Pembangkang ni ibarat lalat. di mana ada bangkai disitu mereka hinggap.

Mereka menganggap peranan polis hanya akan menguntungkan mereka jika mereka sendiri telah melakukan 'jenayah' sekaligus dapat menggunakan isu-isu tertentu untuk meraih simpati serta memburuk-burukkan kredibiliti pihak polis dimata rakyat.

Tidak salah jika mereka mengutamakan rakyat tapi adakah dengan membuat tuduhan melulu terhadap pihak berkuasa tanpa mengetahui punca sebenar itu satu tindakan bijak? Adakah kerana pihak polis mempunyai kuasa maka mereka terus dipersalahkan membabibuta jika sesuatu kejadian yang tak di ingini itu melibatkan mereka?

Mereka bukan robot!. hanya manusia biasa yang ditugaskan untuk menjaga ketenteraman awam termasuk pembangkang. Patutkah mereka terus dipersalahkan tanpa diberikan peluang untuk mempertahankan tindakan mereka yang hanya menjalankan tugas yang di amanahkan?

sama ada mereka benar atau salah, bukan hak kita untuk menentukan hukuman. Tetapi kejadian sebegini dah jadi satu kesempatan kepada pembangkang untuk cuba menaikkan semula imej mereka yang dah tercalar khususnya di selangor.

tak hairan lah jika titah sultan pun mereka sanggup pertikaikan. inikan pulak anggota keselamatan awam!. Dimana mereka ketika sultan gering di hospital? dimana mereka ketika anggota polis terlantar dihospital dengan kaki tergantung? nak bertanya khabar pun tak mampu. pembangkang memang kurang ajar!

PEMBANGKANG SUCK!!

5 comments:

  1. salam tuan
    betul ulasan tuan. pihak pembangkang melihat pasukan polis sbg ancaman kpd cita-cita mereka nak jadikan selangor sebagai sarang samseng dan pelbagai kegiatan jenayah.

    kerana tu setiap kes yang membabitkan pasukan keselamatan terutamanya polis akan mereka jadikan modal untuk bahan ceramah politik

    derang tu semua makhluk pemakan bangkai

    ReplyDelete
  2. salam sdra.

    Sama2 kita berjuang utk mempertahankan maruah dan bangsa kita.

    Saya telah linkkan blog sdra di blog saya di bawah kategori "The Patriots"

    ReplyDelete
  3. ws tuan 4.49

    terima kasey krn sudi memberikan komen dan pandangan tuan di sini.

    ws sdr mmr. insyallah kita bersama-sama akan terus mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

    t.k kerana sudi link blog saya dalam blog sdr. aminnnn

    ReplyDelete
  4. Salam,

    spt kata Zul Kulim pembangkang sdg meruntuhkan institusi negara, salah satunya polis, bila mereka berkuasa polis akan digantikn dgn kongsi gelap DAP.

    ReplyDelete
  5. ws bro junah

    betul tu bro. selepas mengugat institusi kehakiman, skrg mereka menyerang institusi kepolisan.

    mereka akan cuba meracuni pemikiran rakyat bahwa keseluruhan anggota polis adalah jahat.

    rakyat harus ingat tidak semuanya anggota polis bekelakuan seperti itu.

    lagi pun rakyat kena fikir bahwa tanpa polis tiada keamanan akan dapat kita kecapi.

    ReplyDelete

My Blog List